Alkisah, dalam bulan Ramadhan yang lepas, ada la sorang pelawak ni. Dia memang penyokong cap bulan yang agak tegar. Antara alasan dia paling best ialah, gerai bawah belukar dia dimusnahkan oleh projek seorang Ketua UMNO Cawangan.
Tak kisahlah, apa pun sebabnya sebab umum mengetahui, penyokong cap bulan memang menyokong parti cap bulan atas dasar emosi.
Bertekaklah si pelawak masyhur ni dengan teman untuk 3 jam dengan teman tak kira dah sama ada dia dikenali 27 juta rakyat Malaysia dan teman yang sapa pun tak kenal ni sebab teman ada point teman tersendiri.
Dia dok puji parti cap bulan dan mengeji parti cap keris. Teman ambik konsep tak memuji parti cap keris tapi tak sior pulak nak memuji parti cap bulan.
Meja yang dipenuhi 8 orang tu, hanya dia dengan teman je yang bercakap. Pung pang pung pang. Point teman cuma, di mana lemahnya sikap parti cap bulan tu dalam menjadikan apa yang kita lihat lanskap politik Melayu hari ni.
Bagi teman, cap bulan, cap mata dan cap roket bekerjasama dalam konsep tak ada parti mengetuai pari yang lain. Sebab tu gagasan parti-parti Pungkoq Rembat tak mempunyai presiden sendiri. Kalau ada presiden, maka ada la parti yang menjadi ketua. Takkan kerusi presiden nak dok bertiga.
Maka, jelas sekali bila 2 sekular lawan 1 agama, suara yang terkuat adalah 2/3. Cap mata dan cap roket dah cukup untuk mendiamkan cap bulan.
Teman bagi tau, cap bulan ni, walau diundi 100% orang Melayu termasuk orang asli sekalipun, dia tak boleh halang dari Pungkoq Rembat membenarkan kemurtadan. Tengok je kehadiran 7 ahli parlimen cap mata dalam page Murtad in Malaysia & Singapore di Facebook. Macammana nak kata cap mata boleh sokong cap bulan menentang kemurtadan, walaupun Presiden tak diundinya ialah Melayu. Sebab konsep dia masih 2 mengatasi 3.
Ibarat bila 3 hakim membuat keputusan, jika 2 hakim yang baru bekerja 5 tahun menyokong, dan seorang hakim yang berpengalaman 30 tahun menentang, keputusan tetap 2 mengatasi 1.
Teman bagitau pelawak ni, Allah Taala dah tunjuk apa yang berlaku di dua negeri yang sama loghatnya nun di utara. Kedah dan Pulau Pinang.
Apa nasib dan pentingnya suara seorang ADUN PAS dalam kerajaan DAP Pulau Pinang dan apa nasib dan pentingnya suara seorang ADUN DAP dalam kerajaan PAS Kedah. Itu Allah yang tunjukkan. Bukan teman.
Jawab dia : " Betul ke DAP ada 1 ADUN je kat Kedah?".
Itulah dia. Teman taknak cerita lebih-lebih. Tak elok. Tapi itu gambaran bila kita tidak mengkaji keseluruhan situasi di sana sini dan terus membenarkan emosi menguasai diri.
Si pelawak yang teman anggap 'member' tu pun kemudian mengakui bahawa politik itu kotor. Di situ je titik persamaan yang teman dengan dia kongsi bersama. Kesimpulannya, dalam kekotoran tu, ada yang paling kotor, maka ketepikanlah yang paling kotor itu.
