
Teman bukan nak mencetuskan perkara yang tidak-tidak. Tapi teman sekadar nak nasihat. Ramai yang kata saat-saat Thaipusam ni, ada yang nak ambil untung. Maka dikutiplah kelapa pecah di jalanan ni untuk dikisar, diperah, menjadi santan dan kemudian dijual.
Cerita ini bukan heboh di Ipoh jer. Di KL dan Penang pun sama. Dah lama dah. Kalau dulu kelapa tak pecah sebiji 40 sen, lain lah cerita. Sekarang ni komer sendiri tahu berapa harga sebijik kelapa. Tambah dengan shortage bekalan lagi.
Kebelakangan ni, teman tengok, kedai Melayu pun beli santan dengan Cina. Kalau orang Cina dia peduli apa. Asal barang jadi duit. Takkanlah kelapa yang diskop masuk guni di jalan lepas acara hempas kelapa ni di buang pulak. Kalau jadi santan lagi mahal harganya. Jadi ke kilang memproses lah jawabnya.
Setahu teman, sembelihan untuk berhala memang haram. Tapi kalau kelapa untuk upacara keagamaan musyrik ni teman kena tanya ustaz yang arif lah. Kalau ustaz yang belum cukup arif pun mesti skeptikal terhadap status 'bahan makanan hasil dari upacara agama musyrikin', entah apa pulak lah hujah ustaz-ustaz yang bijak kan.
Apapun, Thaipusam yang disambut oleh penyembah dewa Murugan yang kononnya melawan kuasa jahat dikenali 'Soorapadman', sekali gus mengembalikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat ini telah digazetkan sebagai cuti umum di Kuala Lumpur sejak tahun lepas. Kalau di Ipoh, memang cuti umum lah. Sebab nak pergi kerja pun tak boleh.
Maka sempena cuti hari ini, teman rasa, kalau nak makan makanan bersantan tu, kukor ler nyior tu sendiri yer. Perah dan pakai santannya. Lagi elok makan sup atau goreng-goreng je. Jauh dari kolestrol.
Bukan apa, apa yang kita makan tu, dari mana datangnya, mencerminkan siapa diri kita. Teman tak pasti betul ke tidak khabar angin tu. Teman cuma nasihat.