Spekulasi mengenai pertemuan Nik Aziz dan Dato' Seri Najib yang telah mengadap Yang Di Pertuan Agong menjadi bualan mulut orang ramai. Malah, ada yang membuat anggapan bahawa Sultan Mizan mahu PAS dan UMNO berdamai dalam persaingan politik. Namun, PKR nampaknya tidak selesa dengan perkembangan tersebut. Ketua Penerangan PKR, Dr. Muhammad Nur Manuty yang menjadi jurucakap Anwar amat curiga dan tidak diberitahu mengenai pertemuan tersebut.
Khamis, Januari 06, 2011
Umat Islam Melepasi Dua Pertiga Penduduk Malaysia. Ada Yang Bimbang?
The Star Kuasai Berita Internet Di Malaysia
Media Online Paling Berpengaruh Di Malaysia Mengikut Top Ranking Online.SENARAI DALAM TOP RANKING4 JANUAR1 2011MEDIA INTERNET - RANKING ALEXA MALAYSIA - RANKING ALEXA DUNIA1. THE STAR ONLINE - 16 - 2,8052. MALAYSIAKINI - 22 - 3,6773. UTUSAN ONLINE - 22 - 5,6414. METRO - 27 - 6,5315. BERITA HARIAN ONLINE - 30 - 6,8566. KOSMO ONLINE - 46 - 8,1927. MALAYSIA INSIDER - 56 - 11,4488. HARAKAH DAILY - 73 - 14,9619. MALAYSIA TODAY - 91 - 14,91810.CHINA PRESS - 112 - 18,625
Semakin Ramai Memeluk Islam di Britain

The Islamification of Britain: record numbers embrace Muslim faithSemakin ramai memeluk Islam di BritainTuesday, 4 January 2011The number of Britons choosing to become Muslims has nearly doubled in the past decade, according to one of the most comprehensive attempts to estimate how many people have embraced Islam. Jumlah orang Britain yang memilih Islam telah selipat kali ganda dekad yang lalu menurut sebuah kajian serius ke atas berapa ramai orang yang telah peluk islam.Following the global spread of violent Islamism, British Muslims have faced more scrutiny, criticism and analysis than any other religious community. Yet, despite the often negative portrayal of Islam, thousands of Britons are adopting the religion every year. Walaupun berlaku gambaran keganasan Islam dan penduduk Islam Britain menjadi mangsa kritik, remeh dan tumpuan kajian melampau berbanding agama lain, beribu-ribu orang Britain memilih agama itu setiap tahun.Estimating the number of converts living in Britain has always been difficult because census data does not differentiate between whether a religious person has adopted a new faith or was born into it. Previous estimates have placed the number of Muslim converts in the UK at between 14,000 and 25,000. Menganggar mualaf yang tinggal di Britain selalunya agak sukar berikutan data banci tidak membezakan sama ada seorang yang alim itu memang dilahirkan dalam agama tersebut atau baru memeluk agama itu. Anggaran terdahulu menunjukkan pemeluk Islam di UK adalah antara 14,000 hingga 25,000.
How to convert and become a Muslimwith Live Help by chat
www.IslamReligion.com
We will help youLive chat to all your needs
www.islamhouse.com
Ariel Peterporn Dipenjara 5 Tahun
Begitulah nasib Ariel Peterporn. Tetapi bagaimana pula nasib gadis-gadis yang turut terlibat? Itulah kebebasan cara dunia. Bukan cara Islam. Di sini menjelaskan bahawa kaum Hawa tidak boleh disamakan dengan kaum lelaki. Tidak boleh menuntut hak samarata. Dan tidak layak mahu bertegang urat mahu kesamarataan gender. Hehehe.Maka pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan kesamarataan wanita dan lelaki di dunia ini, termasuk di Indonesia haruslah memperjuangkan untuk menghantar Luna Maya dan Cut Tari ke penjara kerana turut terlibat dalam penghasilan video ini. Sama rata katanya.
Ariel dipenjara 5 tahun
06/01/2011 5:16pmOleh SAHARUDIN MUSTHAFAJAKARTA 6 Jan. - Penyanyi Ariel Peterpan tergamam dan tertunduk lesu sebaik hakim menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya selepas didapati bersalah terlibat dalam penerbitan video lucah dengan Luna Maya dan Cut Tari.
Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Ilham juga dikenakan denda sebanyak Rp250 juta (RM85,000). - Utusan
Akhbar Cina Kutuk Kerajaan Beri Cuti Kemenangan Piala AFF
Teman bukan nak kata apa. Cuma teman nampak lah sangat motif-motif tersembunyi yang cuba disampaikan oleh akhbar anti-nasionalisme, Nanyang Siang Pau yang hakikatnya beredar di pasaran dengan unsur perkauman lebih buruk dari Utusan Malaysia.Mereka memandang sinis semangat nasionalisme dan pada masa yang sama marah apabila orang ramai menyebut, golongan seperti mereka tidak layak menjadi warganegara. Patriotisme kurang dan mereka lebih bersifat menyemarakkan polemik dari retorik perkauman.
Mengutip untung sepanjang tahun, mengutuk rugi sehari kerana sifat anti-nasional yang tebal. Itulah yang disemai oleh akhbar Cina ini.
ISU-ISU AKHBAR CINA
Pembaziran kerajaan, swasta tanggung
AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 3 Januari lalu menyiarkan sebuah artikel mengenai majikan yang terpaksa menanggung kerugian ekoran kejayaan pasukan bola sepak negara menjuarai Piala Suzuki AFF menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 pada 29 Disember lalu.Artikel bertajuk ‘Orang lain menang bola sepak majikan pula dihukum’ itu tersiar halaman A11 akhbar berkenaan.
Penulisnya yang juga seorang pengkritik isu-isu semasa, Wong Zi mempersoalkan rasionalnya kerajaan mengisytiharkan Jumaat lalu sebagai cuti umum bagi meraikan kemenangan pasukan bola sepak berkenaan.
Beliau berpendapat, luahan rasa gembira dengan kemenangan itu sama ada untuk tempoh semalaman, beberapa hari atau sebulan sudah memadai tanpa perlu adanya cuti umum. ‘‘Adakah kerana mahu bergembira sehinggakan seluruh negara tidak boleh bekerja?’’ soalnya.
Wong Zi berhujah, keputusan itu tidak wajar dibuat kerana ia bukannya menjadi amalan negara sebelum ini termasuk ketika pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei menduduki ranking tertinggi dunia dan ketika Datuk Nicol David diangkat sebagai pemain skuasy nombor satu dunia sebanyak beberapa kali.
‘‘Setiap kali mereka mencapai kejayaan ini, bukankah rakyat di negara kita turut sama bergembira? Bukankah kegembiraan ini sudah cukup memadai,’’ katanya.
Tidak hairanlah Thailand, Indonesia dan Filipina sejak awal lagi membakar penerbitan akhbar Cina pada saat pembentukan negara mereka. Cuma hari ini, akhbar Cina yang wujud di sana muncul dengan lebih rasa nasional dan bersikap penuh hati-hati.
Di negara ini, erti kebebasan langsung tidak dihargai. Malah menjadi medan mengutuk negara sendiri. Only in Chinese Newspaper!
RON97 Boleh Naik Bila-Bila Masa Ikut Pasaran Dunia
Demer tak lebih dari menunjukkan kebebalan demer dalam memahami kes semasa. Demer cuma tahu membangkang je. Ibarat kalau kena panah petir, dorang salahkan kerajaan sebab tak sediakan konduktor kilat atas kepala demer.
Maka sebab itulah harga RON97 naik tiba-tiba dan pengumuman dibuat oleh Persatuan Penjual Petrol Malaysia. Bukannya kerajaan. RON97 telah diapungkan mengikut pasaran semasa sejak tahun lepas!
Untuk fakta, pada hari Selasa, RON97 di Indonesia telah dinaikkan 14 sen berbanding 10 sen di Malaysia.
RON97 ikut pasaran dunia
PUTRAJAYA 5 Jan. – Kerajaan tidak mempunyai kuasa mengawal harga minyak petrol RON97 memandangkan kenaikan dan penurunan harga bahan api tersebut mengikut pasaran dunia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan hanya mengawal harga petrol RON95 yang dikekalkan setakat ini RM1.90 seliter.
Justeru, beliau meminta orang ramai tidak boleh menyalahkan kerajaan jika kenaikan harga petrol tidak diumumkan terlebih dahulu kerana harga pasaran dunia tidak menentu dan sentiasa berubah setiap masa.
“Memang sekarang harga pasaran dunia naik buat masa ini dan kementerian tidak dapat memberi jaminan bila ia akan mengalami penurunan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai harga petrol RON97 yang diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen menjadi RM2.40 seliter berkuat kuasa hari ini.
Bagaimanapun, harga minyak petrol RON95 kekal RM1.90 seliter.
Dalam pada itu, beliau berharap pengguna tidak cepat melatah dan menerima kanaikan tersebut dengan hati terbuka.
“Harga petrol RON97 sejak tahun lalu tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran semasa.
“Ketika ini kerajaan tidak lagi menanggung subsidi untuk petrol RON 97 dan kenaikan ini memang tidak dapat dielakkan,” katanya.
Kejahatan MB Selangor Yang Tidak Berintegriti Punca Krisis
ARKIB : 12/05/2009SPRM siasat pegawai JUSA Kerajaan Selangor
KUALA LUMPUR 11 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat seorang lelaki yang tidak mempunyai pengalaman berkhidmat dalam sektor awam, tetapi memegang jawatan penting di Selangor bertaraf Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A.
Lelaki yang berusia lingkungan 40-an itu mula disiasat sejak dua minggu lalu tetapi tidak ditahan oleh pihak SPRM.
Siasatan menjurus kepada bagaimana lelaki terbabit yang memiliki sebuah syarikat dipilih memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan Selangor.
Menurut sumber, lelaki terbabit memegang jawatan tersebut selepas kerajaan negeri Selangor diambil alih oleh pakatan pembangkang yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac tahun lalu.
Tambah sumber itu lagi, SPRM bagaimanapun masih menjalankan siasatan sama ada kes ini membabitkan jumlah sogokan yang diberi atau diterima pihak tertentu.
"Untuk memegang jawatan gred JUSA A, setiap calon mesti mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan awam, tapi beliau dilihat tidak mempunyai kelayakan itu.
"Oleh itu, kes tersebut mempunyai asas yang kukuh untuk disiasat oleh pihak SPRM," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Moh Samsudin Yusoff ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan tetapi enggan mengulas lanjut.
Gempar! Pakatan Rakyat Selangor Pernah Lantik SUK Bukan Kakitangan Awam?

ARKIB : 12/05/2009SPRM siasat pegawai JUSA Kerajaan Selangor
KUALA LUMPUR 11 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat seorang lelaki yang tidak mempunyai pengalaman berkhidmat dalam sektor awam, tetapi memegang jawatan penting di Selangor bertaraf Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A.
Lelaki yang berusia lingkungan 40-an itu mula disiasat sejak dua minggu lalu tetapi tidak ditahan oleh pihak SPRM.
Siasatan menjurus kepada bagaimana lelaki terbabit yang memiliki sebuah syarikat dipilih memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan Selangor.
Menurut sumber, lelaki terbabit memegang jawatan tersebut selepas kerajaan negeri Selangor diambil alih oleh pakatan pembangkang yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac tahun lalu.
Tambah sumber itu lagi, SPRM bagaimanapun masih menjalankan siasatan sama ada kes ini membabitkan jumlah sogokan yang diberi atau diterima pihak tertentu.
"Untuk memegang jawatan gred JUSA A, setiap calon mesti mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan awam, tapi beliau dilihat tidak mempunyai kelayakan itu.
"Oleh itu, kes tersebut mempunyai asas yang kukuh untuk disiasat oleh pihak SPRM," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Moh Samsudin Yusoff ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan tetapi enggan mengulas lanjut.