
Muhyiddin Yassin telah menunjukkan siapa retorik dan siapa yang realistik. Jutawan-jutawan Indonesia tidak sabar-sabar untuk meneroka pasaran Malaysia setelah selama ini beranggapan Malaysia menutup pintu untuk mereka.
Anwar pula ke Indonesia untuk memburuk-burukkan Malaysia, menyebut bahawa dia akan melakukan yang terbaik sekiranya memerintah Malaysia dan mengutuk media Malaysia sesuka hati Pak Berahim dia.
Siapakah retorik dan siapa pula realistik? Zuraidah mulut gadang seharusnya berfikir jauh sebelum menyebut bahawa Barisan Nasional sekadar bermain retorik.
Ketika Anwar ke Indonesia, yang dicari ialah publisiti dan ruangan di media elektronik untuk menghentam Malaysia. Anaknya pula mengutuk kapal selam Malaysia dan diketahui bercerita tentang apa yang diketahuinya secara agak-agak mengenai Angkatan Tentera Malaysia.
Tetapi Muhyiddin ke Indonesia, dengan usaha Chairul Tandjung, billionair terkenal Indonesia, seramai 17 orang terkaya di Indonesia dikumpulkan untuk menerima berita menarik dari Muhyiddin Yassin, 3 Disember lalu.
Mereka ditawarkan peluang untuk melabur dalam pelbagai bidang di Malaysia dan hasilnya, mereka terkejut dan sangat berpuas hati malahan menyebut, mereka akan segera untuk masuk ke Malaysia bagi meningkatkan pelaburan.
Nampaknya, Anwar gigit jari lagi. Lain kali jangan main retorik kerana kunci realistik itu ada pada Barisan Nasional.
Jika Anwar adalah pemimpin realistik, pelaburan jutawan Indonesia itu boleh dibawa ke negeri-negeri Pakatan Rakyat kerana sebagai De Facto Leader Pakatan Rakyat, dia seharusnya berusaha meyakinkan lebih ramai orang memilih mereka kelak, dengan usaha yang pragmatik, bukannya retorik.
Hanya yang bodoh sahaja mengharap hasil dari Mat Jenin.
Maka wajarlah parti retorik biru muda yang berfahaman pengkhianat dan berlabel taik minyak negara itu, dilempar ke laut.